BULI BALIK

Went for movie last Mon wif my hubby…Abgku ittew MC actually. Sakit gigi frm last Sun..So lps gi klinik GG, pi tgk wayang la plak. Heheh, sakit² pun bole merendek ekk..Bukan slalu dpt dating & tgk wayang tau..Plak tu aku mmg nk tgk BULI BALIK..Lps tgk citer BULI dulu, mmg dah tau kualiti citer Afdlin Shauki ni..So x nk lps peluang nk tgk sequence BULI..

Buli_2 

Sambungan dari filem Buli: Roy (Hans Isaac) dikejarkan ke hospital dan dia ditemani Nordin (Afdlin Shauki). Menurut jururawat, Roy tiada harapan hidup. Sementara itu Rudy yang cuba melarikan diri ditangkap polis di pintu masuk Bukit Aman. Enam bulan berlalu dan Nordin berjaya menjuarai  rancangan kuiz kegemaran ramai, Siapa Salah Kena Karan. Rudy (AC Mizal) yang menyamar & bekerja di rumah Orang² Tua juga membuat pertaruhan sesama penghuni rumah Orang² Tua di atas kemenangan Nordin tetapi air mukanya berubah apabila dia mula mengecam muka Nordin dari tempat kemalangan Roy. Suatu hari, Nordin terkejut kerana terserempak dengan Roy di hospital dan dia tidak percaya yang Roy masih hidup. Kata Doktor Selina (Umie Aida) hanya mereka yang rapat dengan Roy boleh membantu memulihkan ingatannya. Doktor Selina mencadangkan agar Nordin membawa Roy pulang kerana tiada ahli keluarga atau teman rapat yg membawanya keluar dr hospital. Di rumah, Roy dikerjakan teruk oleh Nordin dan rakan karibnya, Shaff (Ako Mustapha). Roy diperlakukan spt org gaji mereka. Pd waktu yg sama Rudy sedang mencari jalan utk membalas dendam terhadap Nordin dan Roy. Sementara itu, kedudukan Nordin di syarikat MichaelSoft juga semakin baik di mana dia merupakan rakan kongsi kpd Tan Sri Michael (Patrick Teoh). Hubungan Nordin dgn Dr. Ika (Nasha Aziz) juga semakin rapat tetapi Nordin masih belum berani meluahkan isi hatinya utk melamar Dr. Ika.

Nordin akhirnya membawa Roy ke sekolah lama mereka utk mengembalikan ingatan Roy. Malangnya Roy tersalah tafsir imej² dlm mindanya dan menganggap dirinya menjadi mangsa buli, sedangkan beliau sebenarnya kaki buli!Ini membangkitkan kemarahan Nordin. Nordin kini menunjukkan sifat pembuli, menjadi agresif, panas baran & terlalu cepat mengikut perasaan.

Endingnya…Korang bole beli tiket & tonton puas² kat pawagam… Spt yg kami lakukan.. Hehhee.. Citer ni mmg klakar abis. Aku ketawa bagai nk rak.. Smpai terkeluar air mata.. Pd aku, sume karya Afdlin Shauki mmg berkualiti.. Lawak bukan lawak slapstik, spastik, chopstik yg dah basi. Bole dikatakan, tiap scene dlm filem ni ade jer komedi dia.. Kene tgk betul² citer tu, baru ler tau part mane yg lucunya.. Specially part tajuk berita dlm suratkhabar dia..Kekekekke..Tgk yer..Jgn x tengok..Rugi..JOM BULI!!

Leave a Reply